loading...

Suami Bawa Balik Member Tumpang Tidur, Isteri Rebah Dengar Permintaan ‘Keji’

 


Dalam mengecapi rumah tangga bahagia, komunikasi adalah satu perkara bagi mengelakkan timbul salah faham atau bermasam muka antara suami isteri. Oleh itu, sebelum membuat sesuatu keputusan kedua-duanya hendaklah berbincang untuk mencari jalan penyelesaian. 

Suami bawa balik member tumpang tidur tapi langsung tak bincang 

Menerusi posting di Facebook, saudara Akhtar Syamir berkongsi sebuah kisah padah menerima tetamu. Menurut si isteri, kejadian berlaku kira-kira tiga tahun lalu apabila suaminya menumpangkan salah seorang rakan untuk bermalam di rumah. Malah keputusan itu dibuat tanpa persetujuannya dan terpaksa mengurungkan diri di dalam bilik gara-gara berasa tidak selesa dengan kehadiran orang luar.




 Masuk hari ke-3, dia mula bagi alasan nak tumpang lebih lama.. 

Cuba untuk positif, wanita berkenaan kemudian keluar melakukan rutin di rumah seperti biasa. Disangkakan hanya kurang lebih tiga hari, ruparupanya lelaki tersebut mula memberi pelbagai alasan untuk menumpang untuk tempoh masa yang agak lama. Meskipun beberapa kali meluahkan rasa hati, namun perkara itu langsung tidak diendahkan oleh suaminya.




Gugur jantung bila suami beritahu rakannya minta izin untuk meniduri isteri sendiri.. 

Tanpa diduga, tetamu tersebut akhirnya telah menunjukkan perangai terkutuk apabila meluahkan hasrat untuk meniduri wanita berkenaan. Ikhtibar daripada peristiwa tersebut, Akhtar mengingatkan para suami di luar sana untuk sentiasa mengutamakan soal keselamatan keluarga.




Baca Juga : redah-hujan-30-km-demi-anak-daftar.