loading...

Padah Buat Urutan Tengkuk Dengan Barber, Pemuda Akhirnya Derita Cacat Kekal

 


Sekiranya anda pernah mengunjungi mana-mana kedai gunting rambut, pasti ada sesetengah mereka menyediakan servis membetulkan tulang sendi tengkuk. Meskipun ratawan kiroraktik sangat melegakan jika badan terasa sengal namun harus diingatkan bahawa ia perlu dilakukan oleh orang yang bertauliah. Jika tidak mungkin anda bakal terdedah dengan risiko sampingan.

Alami sesak nafas lepas terima servis urutan tengkuk di kedai gunting rambut.. 

Menerusi perkongsian di Facebook Public Health Malaysia, seorang lelaki India dikatakan mengalami masalah kesukaran untuk bernafas selepas menerima urutan kepala dan tengkuk di sebuah kedai gunting rambut. Difahamkan, servis tersebut sering diberikan setiap kali selesai menggunting rambut di premis tersebut. 




Kini terlantar selain bergantung kepada alat bantuan pernafasan sepanjang hayat.. 

Hasil pemeriksaan MRI mendapati, lelaki berusia 54 tahun berkenaan mengalami kecederaan serius di bahagian tulang tengkuknya. Susulan insiden tersebut, dia kini dilaporkan terlantar selain bergantung kepada alat bantuan pernafasan sepanjang hayat.




Walaupun ia melegakan tetapi ada risiko sampingan lain nanti..

Prihatin dengan isu tersebut, PHM menegaskan bahawa ia bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main kerana boleh mendatangkan pelbagai kecederaan sampingan lain. Secara teorinya, urutan manipulasi tengkuk boleh memberikan kelegaan namun jika rawatan ini dilakukan oleh individu tidak bertauliah ia akan menyebabkan kecacatan kekal atau strok




Baca : 350-kosakata-bahasa-arab-sehari-hari