loading...

Nyamuk Gigit Pun Cuak Nak Tepuk, Wanita Dedah Pantang Orang Sarawak Masa Hamil

 


Menjaga kehamilan bukanlah sesuatu yang mudah dan jika tersilap percaturan, pastinya para ibu resah anda berlaku perkara tidak elok. Mungkin dengan adanya pantang larang, tempoh kehamilan boleh kekal terjaga dengan lebih baik. Bukan sahaja Melayu, tetapi orang Sarawak juga ada pantang mereka sendiri yang sememangnya cukup unik.

Wanita hamil perlu ada hati yang baik… sampai nyamuk pun takut nak halau 

Menerusi Facebook Trina Mayang-Raymond Litah, wanita berbadan dua perlulah mempunyai hati yang lembut dan baik dengan tujuan memudahkan proses bersalin nanti. Akibat terlalu bimbang dengan perkara itu, Trina tidak mahu melakukan sesuatu yang buruk terhadap manusia serta haiwan sehingga sanggup membiarkan sahaja tubuhnya diggit nyamuk.




Tak boleh buat kerja rumah, suami nak memancing pun tak boleh 

Selain itu, kerja-kerja rumah yang berat seperti memaku atau mengecat tidak dibenarkan bagi seorang wanita hamil untuk melakukannya. Bahkan, suaminya yang gemar memancing juga terpaksa berhenti membuat aktiviti tersebut untuk mematuhi pantang larang.




Larangan makan termasuk untuk nanas & kopi, paling penting jangan sentuh jasad tak bernyawa 

Tidak cukup dengan itu, dia juga tidak boleh minum kopi dan menikmati buah nanas walaupun sedang mengidam. Paling ditakuti olehnya adalah larangan wanita mengandung untuk mendekati atau menyentuh jasad tak bernyawa. Hal ini kerana, dia melihat sendiri kesan jika tidak mematuhi larangan tersebut berlaku terhadap kenalannya.





Baca : pintar bahasa arab