loading...

[VIDEO] Dari Zaman Sekolah Berbakti Pada Merpati, Mulia Hati Pak Cik Dikagumi

  


Terdahulu, tular sebuah video seorang warga emas yang dilihat telah memberikan makanan kepada sekumpulan merpati di hadapan sebuah premis makanan di sekitar Sungai Petani, Kedah. Namun paparan berkenaan mula jadi perhatian ramai selepas burung-burung berkenaan datang tatkala mendengar panggilan suara daripada lelaki tersebut.

Setiap petang akan panggil semua merpati…dah datang dekat, baru bagi makanan 

Menerusi portal mStar Online, lelaki yang dikenali sebagai Hasfani Azilan Abdul Rahman mengakui bahawa sudah menjadi kebiasaan baginya untuk memberikan makanan kepada sekumpulan burung pada setiap petang. Bahkan, perkara itu telah dilakukan sejak dari zaman sekolah lagi. Selain daripada nama ‘Titi’, kadangkala dia memanggil burung itu sebagai ‘Hussain’.  

“Selalunya dalam jam 5.30 petang, saya akan berteriak untuk panggil semua burung. Tapi tak lempar beras tu dulu. Kalau semua dah datang dekat, baru bagi makanan. Dah buat macam ni sejak dari sekolah. Orang tua saya pun ada macam-macam jenis merpati. Sampai sekarang panggil ‘Titi’, kadangkala ‘Hussain’..”


Syukur boleh kerja selama 20 tahun…anggap perbuatan ini sebagai amalan tambahan

Lelaki berusia 70 tahun tersebut bersyukur kerana masih mempunyai kudrat untuk bekerja selama 20 tahun. Selain itu Hasfani menyatakan jika ada makanan yang berlebihan, ia akan dibawa pulang untuk diberikan kepada anjing jalanan. Dia juga menganggap perbuatan tersebut adalah amalan tambahan untuk dilakukannya di kala usia senja ini.

 






Baca : Pintar bahasa arab