[VIDEO]“Sebak Lihat Wajahnya”-Nenek Uzur Tabah Jaga 5 Cucu Ketiadaan Ibu
Tidak semua orang mendapat peluang dibesarkan dengan ibu bapa kandung sendiri . Malah, ada yang sedari kecil sudah diuji dengan pemergian orang tua. Namun mujurlah masih ada mendapat ehsan dijaga oleh ahli keluarga yang lain.
5 beradik dijaga nenek sejak kecil selepas si ibu pergi menghadap Ilahi
Menerusi beberapa perkongsian video di laman TikTok @ainanatra, dirinya bersyukur kerana neneknya sanggup menggalas tugas membesarkan mereka 5 beradik menggantikan si ibu yang sudah pergi menghadap Ilahi. Walaupun sudah tidak sesihat dulu, dia berharap semoga wanita itu masih di panjangkan umurnya.
@ainanatra Nenek yg tlg membesar kan aku sejak arwah mama meninggal . Dia la jaga kami 5 beradik .. iloveyou mak tq mak semoga panjang umur mak 😔🥺💋❤️
♬ Saat Terakhir - ST12
Adakalanya nenek sudah tidak dapat kenal akan cucu cicit macam dulu
Katanya, warga emas tersebut telah menjaganya sejak berusia 6 tahun sehinggalah kini beranak tiga. Biarpun ada kalanya si nenek sudah tidak dapat mengingati atau mengenali mereka semua namun dia masih berharap semoga wanita itu berada dalam keadaan yang sihat sentiasa.
@ainanatra Dtg main dgn cicit 🥰 biarpun kdg dia xknl pun bdk tu pdhl tu ank aku 😂 jgn nyanyuk mak sbb ena xnak mak lupa ena😌dr umur 6tahun skrg ena 24tahun🥰
♬ Deen assalam - Deactive
Jaga orang tua semampu mungkin. InsyaAllah jika balasan tidak di dunia, akhirat menanti
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata sebak apabila melihat rakaman video yang menyentuh hati berkenaan. Mereka semua turut tidak melepaskan peluang mendoakan kesejahteraan wanita tua itu. Ada juga mengambil peluang meluahkan rasa rindu kepada nenek mereka yang sudah tiada.
Baca Juga : kisah pembelahan dada nabi muhammad saw