loading...

“Abi Cakap Nak Balik..” – Dah Setahun Pergi, Tapi Anak Anggap Ayah Masih Hidup

 


Bagi sesiapa yang mempunyai orang tua sememangnya sangatlah beruntung. Ini kerana, walaupun sudah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri tetap sahaja ada ibu bapa yang sentiasa mendoakan serta menjadi tempat lindungan. Namun berbeza dengan nasib yang menimpa seorang kanakkanak perempuan ini apabila diuji dengan pemergian si ayah ketika usianya masih kecil.

Setiap kali ziarah pusara, Alisha selalu harap ayahnya pulang ke pangkuan keluarga 

Bayangkan sudah setahun bapanya dijemput Ilahi, namun kanak-kanak kecil bernama Nur Alisha ini masih belum mengerti akan apa yang berlaku. Malah setiap kali dibawa menziarah pusara Allahyarham Fakaruddin Abdul Talib, bicara si cilik yang berusia empat tahun itu seolah-olah mengharapkan bapanya kembali pulang ke pangkuannya sekeluarga.


 Tak sangka, penghujung hayatnya dengan motor..

Memetik laporan mStar, Haliza yang merupakan ibu saudara kepada Alisha mengakui masih lagi terkesan dengan pemergian abangnya. Malah, rakaman video yang pernah dikongsi sewak anak kecil itu dibawa ke pusara juga mengingatkan dia saat pertama kali dikejutkan dengan berita duka tersebut. Allahyarham dikatakan terbabit dalam sebuah nahas jalan raya pada Oktober tahun lalu.





Malam tadi jumpa Abi dalam mimpi.. Dia kata nak balik 

Dalam pada itu, wanita berusia 29 tahun berkenaan juga mengerti akan kesedihan dialami kakak iparnya terutama ketika menjawab pertanyaan si anak yang masih belum mengerti apa-apa. Kongsi Haliza lagi, biasanya dua minggu sekali anak-anak akan dibawa menziarahi pusara si bapa namun kini terpaksa ditangguhkan berikutan pelaksaan PKP.




Baca Juga : Kisah Utsman Bin Affan