Ingatkan Tak Bernafas, Bayi Pramatang Hidup Semula Menangis Sebelum Dikebumi
Setiap pusat perubatan pasti menyediakan servis atau perkhidmatan yang cukup profesional dan juga terbaik buat patient. Walau bagaimanapun, mereka juga tidak lari daripada berbuat kesilapan sama ada besar atau kecil sehingga menimbulkan kekecohan seperti kisah seorang bayi di Mexico ini.
Bayi itu hidup semula walaupun disahkan telah menemui ajal
Menerusi portal Sinar Harian, bayi berkenaan yang sudah disahkan menemui ajalnya itu bagaimanapun tiba-tiba menangis dan juga bergerak sebelum dikebumikan. Walhal, sudah hampir 6 jam si kecil tersebut diletakkan di dalam corpse refrigerator.
Dengar tangisan sebelum dikebumi lepas 6 jam disimpan dalam peti
Sebelumnya, kanak-kanak tersebut diumumkan sudah ‘pergi’ selepas doktor mendapati tiada nadi dikesan pada jam 4 pagi sebelum disedari masih hidup sekitar 10 pagi. Sebuah video yang memaparkan keadaan bayi berkenaan sambil diselangi tangisan si ayah turut tular di media sosial dan menerima respon hebat.
Dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi untuk dipantai pegawai perubatan
Kini, kanak-kanak berusia 23 minggu itu telah diletakkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sambil dipantau oleh pihak perubatan bagi memastikan dia dalam keadaan stabil. Susulan itu, pihak berwajib akan menyiasat kejadian berkenaan dan mengambil tindakan lanjut jika terdapat kecuaian.
Baca Juga : Kisah Nabi Muhammad SAW dari Lahir sampai Wafat