loading...

[Video] Dengar Tangisan Dalam Gelap, Bayi Baru Lahir Dijumpai Celah Timbunan Sampah.

 


Tidak berhati perut, itulah gambaran paling sesuai terhadap mana-mana individu yang tergamak membuang bayi mereka tanpa belas kasihan. Masalah sosial ini bukan sahaja berlaku di dalam Malaysia malah turut terjadi di luar negara. Tatkala masih ramai menunggu kehadiran cahaya mata, ada juga yang sanggup mengabaikan zuriat sendiri.

Bayi dijumpai dibuang dalam timbunan sampah tanpa seurat benang pun 

Menerusi sebuah perkongsian di laman Facebook Dede Dela, seorang bayi yang dipercayai masih baru dilahirkan telah dijumpai di bawah longgokan sampah. Kejadian yang berlaku di Indonesia tersebut disedari orang kampung yang mendengar tangisan ‘si kecil’ berkenaan dalam kegelapan. Setelah dicari berkali-kali, barulah keberadaan kanak-kanak itu dapat dikesan.




Penduduk kampung simpati, bersihkan bayi dan ada yang nak tolong jaga 

Simpati melihat keadaan bayi tersebut, mereka membawanya pulang ke rumah untuk dibersihkan dan dipotong tali pusat. Tubuhnya yang penuh dengan kotoran-kotoran sampah serta najis dicuci dan seterusnya disarung pakaian oleh orang kampung. Bukan itu sahaja, seorang lelaki yang sedikit berumur pula bertindak mengazankan ‘si kecil’ tersebut. Kanak-kanak itu kemudiannya dijaga oleh seorang penduduk dan telah menerima banyak sumbangan berupa barang penjagaan bayi daripada orang awam.





Baca Juga : Kisah Nabi Muhammad SAW dari Lahir sampai Wafat


Related Posts