Anggap Kerja Suri Rumah Mudah, Suami Sesal Bini Ajal Jemput Anak Balik Sekolah
Ramai suami beranggapan tugas seorang isteri adalah begitu senang. Hakikatnya, kepenatan yang dirasakan golongan ibu sungguh luar biasa bahkan ada yang sampai mengalami masalah depresi akibat tekanan tersebut. Mungkin juga masih ramai lagi lelaki di luar sana yang mempunyai stigma sama. Oleh yang demikian, perkongsian daripada seorang individu ini barangkali boleh dijadikan pengajaran.
Rumah yang dulu kemas kini bersepah..Nak makan pun tak tahu mana tempat sudu mana tempat senduk
Coretan panjang ini telah dibuat selepas dirinya bersedih atas pemergian isteri tercinta yang ajal ketika menjemput anak pulang sekolah. Apa yang
dapat digambarkan, dia sebagai seorang bapa menjadi sangat kelam-kabut kerana tugas menguruskan anak-anak kini perlu dilakukan sendiri. Jika
sebelum ini tidak perlu memikirkan soal pengurusan rumah, kini segalanya berubah dalam sekelip mata. Mengimbau kembali segala kata-kata
mengguris hati yang pernah dilemparkan kepada wanita itu semasa hidup, dia menjadi sangat terkilan dan menyesal.
Begitu kacaunya hidup tanpa isteri…Maafkan aku kerana lambatjatuh cinta padamu
Setelah merasai sendiri kesukaran menguruskan anak-anak tanpa bantuan sesiapa, barulah dia sedar betapa hebatnya kudrat seorang isteri.
Meskipun sedang bersedih, lelaki ini mengganggap bahawa ketiadaan isterinya sekarang merupakan sebuah cara Tuhan untuk memberikan teguran
1suara