loading...

[VIDEO]Isu Da’i Syed – Jangan Kerana Satu Silap Dibuat, Habis Kebaikan Dia Dilupakan..

 

Minggu lepas, Da’i Syed telah jadi kecoh di laman Twitter susulan namanya terpalit dakwaan ‘menodai’ seorang wanita pada September 2019. Pendakwah selebriti tersebut malah direman selama 5 hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan berhubung isu tersebut apabila individu terbabit akhirnya membuat laporan polis.

Kalau tuduhan tu betul bertaubatlah…kalau ia satu fitnah tabahlah 

Gara-gara itu, beberapa individu termasuklah rakan rapat pendakwah berusia 25 tahun berkenaan tampil memberi sokongan dan kata semangat kepadanya. Terbaru, pemuda yang dikenali sebagai Badri Zain ada memuat naik video lama bersama Da’i Syed sambil berharap agar dirinya tabah menghadapi dugaan tersebut. Tanpa menyebelahi mana-mana pihak, dia berharap agar Syed Shah Iqmal bertaubat sekiranya tuduhan itu terbukti benar. Malah mana-mana pihak yang terpalit isu sama turut diseru tampil berikan keterangan.

@badrizain

Stay strong brother. Yang sempurna itu Islam. Manusia biasa tak sempurna.

♬ original sound - 🧛‍♂️ Badracula 🧛‍♂️

 

@badrizain

I have to do this utk mengatakan pendirian aku. Aku x side sesiapa. Jika benar dia bersalah, hukumlah. Kerana ia sudah mnjd fitnah besar kepada agama

♬ original sound - 🧛‍♂️ Badracula 🧛‍♂️
Bila seorang pendakwah buat silap jangan dilihat kesilapannya…tapi lihat cara dia kembali pada Allah 

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen di aplikasi TikTok bersetuju dengan pandangan Badri Zain tersebut. Selain menyatakan semua manusia tak pernah lari daripada buat silap, mereka turut berharap agar masyarakat dapat mengambil hikmah atas ujian yang melanda Da’i Syed kini. Ada juga yang mengharapkan masyarakat tidak lupa jasa dan kebaikannya gara-gara terpalit dakwaan berikut. 

beritasaatini

1suara