Ustaz Kazim dihina, peminat K-pop ‘backup’ & viralkan #protectustazkazimelias
Beberapa hari lepas, pendakwah bebas Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias berkongsi tangkap layar skrin yang memaparkan perbualan segelintir individu menerusi laman sosial Facebook miliknya.
Mesra disapa Ustaz Kazim, beliau menyatakan rasa kesal apabila ada individu sanggup mengecam dan mengutuk dirinya di laman sosial, walaupun mereka tidak mengenali antara satu sama lain.
Rasanya x pernah sy kacau depa, x kenai pun.. tapi sedap sungguh mengata. Alhamdulillah.....
Dikirim oleh Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias pada Minggu, 21 Februari 2021
Justeru itu, rata-rata warganet membanjiri posting berkenaan dengan memberi kata-kata semangat serta menyelar perbuatan individu-individu terbabit dan menyifatkan mereka sebagai biadab.
Peminat K-Pop back up Ustaz Kazim
Bukan itu sahaja, para peminat K-Pop juga tidak ketinggalan ‘bersatu’ memberi sokongan kepada pendakwah berusia 49 tahun itu dengan mewujudkan tanda pagar #protectustazkazimelias yang kini trending di laman sosial Twitter.
Walaupun peminat K-Pop sering dicemuh oleh warganet, kini mereka pula mempersoalkan kenapa ada juga individu yang tergamak menghina seorang ‘ustaz’ sedangkan insan tersebut bertanggungjawab mengajar ilmu agama kepada orang lain.