[VIDEO] Pengantin Dah Nak Potong Kek, Ayah Nyanyikan Lagu Kahwin Panjang Sangat
Rata-rata orang membuat keputusan untuk mempercepatkan perkahwinan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan 2.0. Justeru itu, mereka hanya berkesempatan membuat majlis secara kecil-kecilan sahaja tanpa menjemput ramai tetamu ke rumah. Perkara ini turut dilakukan oleh sepasang pengantin ini namun hari bahagia itu tetap disambut dengan jayanya
Buat kenduri secara ringkas sahaja…ayah jadi penghibur suasana supaya tidak suram
Majis perkahwinan yang ringkas bukan bermakna tidak meriah. Melalui rakaman viral di bawah, hari penyatuan wanita bernama Humairah ini
dengan suaminya boleh dikatakan agak bermakna kerana si ayah gigih menjadi ‘radio’ dengan menyanyikan lagu kahwin buat mereka sekaligus mencetuskan tawa orang sekeliling kerana terhibur melihat gelagat lucu itu.
Kek tak terpotong-potong terpaku dengar nyanyian merdu bapa…
Kedua-dua pengantin baru tersebut berada dalam keadaan statik dengan memegang pemotong kek. Perlakuan tersebut turut mencuit hati para
netizen apabila pengantin sanggup menunggu bapanya menamatkan nyanyian yang dipersembahkan.
tonton video di bawah:
@umynrinsyrh12 Bila kenduri kau time PKPB kena buat simple2 je, so ayah la yg tolong nyanyikan... hahahah
♬ original sound Ciahhrah🌸
Semangat betul bapanya nyanyi dapat menantu baru… dapat penghibur free boleh jimat duit
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen berasa terhibur mendengar nyanyian yang diberikan oleh bapa pengantin itu dan mereka juga
mendoakan kebahagiaan suami isteri tersebut. Keseluruhannya, video yang berdurasi 53 saat ini telah mendapat lebih 9 ribu jumlah tontonan.
Sc:Ciahhrah