Derma RM1K Barangan Banjir, Lelaki Cuma Harap Doakan Ibu Strok Sihat Kembali
Ribuan rakyat Malaysia khususnya di negeri-negeri Pantai Timur terjejas susulan banjir teruk yang berlaku sejak hujung tahun lalu. Berikutan dengan itu, ramai dermawan tampil membantu mereka yang kurang bernasib baik dengan memberi pelbagai bentuk bantuan seperti makanan, tilam, cadar serta barangan keperluan peribadi.
Beri sumbangan pampers kanak-kanak dan orang tua… kawan turut menambah 2 kotak
Melalui perkongsian di Twitter, Sharifah Hani Yasmin memuat naik gambar beberapa kotak berupa pampers kanak-kanak serta orang tua dalam
keretanya. Menurut gadis itu, dia terharu apabila terdapat insan baik hati sanggup memberikan derma bernilai hampir RM1 ribu kepadanya untuk
diagihkan kepada yang terlibat dengan banjir. Malah lelaki itu cuma tidak meminta balasan sebaliknya mengharapkan doa buat ibunya yang
menghidapi strok untuk sihat kembali.
Tak harap balasan cuma minta doakan ibunya yang menghidap strok…muncul gadis turut beri pampers tambahan
Sharifah Hani Yasmin juga hampir tidak terkata apabila rakan kepada insan berikut memberikan sumbangan 2 kotak pampers tambahan. Tidak
berakhir di situ, dia dikejutkan lagi dengan muncul beberapa wanita tampil memberikan barang keperluan kepadanya untuk diberi kepada orang
yang terkesan disebabkan banjir. Malah, urusan itu dipermudahkan dengan bantuan seorang lelaki bernama Encik Fuad yang bermurah hari
membantunya mengangkat semua kotak ke dalam kereta.
If you hear my voice in videos, no, you didn't 🥲🔇 pic.twitter.com/hQ78kfPjT1
— Sharifah Hani Yasmin (@sharifahyasmiin) January 8, 2021
Sumber:Twitter sharifahyasmiin






