"B0t Karam Rentas Banjir, Adik Hanyut Tak Ditemui-“Balik Esok Ye Akak Tak Larat”
Botterbalik masa rentas banjir…Jasad ibu ditemui dalam kebun pisang
Tragedi yang berlaku sekitar jambatan gantung di Sungai Jelai, Kuali Lipis ini menyaksikan bot yang dinaiki
mereka sekeluarga telah terbalik lalu karam akibat air deras sekali gus mengakibatkan Rozi Omar (52 tahun)
beserta anaknya Nur Zakirah Ahmad Husin (19 tahun) hanyut. Meskipun begitu, jasad si ibu sudah pun ditemui
pada 9.45 pagi semalam dalam kawasan kebun pisang selepas keadaan banjir kembali surut.
Adik balik esok ye…Semua tunggu adik balik ni
Meskipun gerakan mencari sudah giat dijalankan, namun keberadaan remaja berusia 19 tahun itu masih lagi belum terjawab . Menerusi Twitter kakaknya bernama Aina, dia terus berharap agar jasad adiknya itu akan ditemui nanti. Melihat sokongan yang diberikan oleh ramai netizen, gadis ini mengucapkan terima kasih sambil meminta do'a agar pencarian itu bertemu jawapan.
SC:tweeter aina