Gembira tiap kali balik kerja, isteri buat kompilasi video suami menari masuk rumah..
Hubungan suami isteri sememangnya satu ikatan yang sangat erat. Pastinya masing-masingberusaha untuk menggembirakan hati pasangan demi kerukunan rumah tangga.
Isteri rakam setiap kali balik kerja
Dalam satu perkongsian yang tular di Twitter, seorang lelaki telah memuat naik kompilasi video yang dirakam isterinya setiap kali lelaki tersebut pulang ke rumah dari tempat kerja.
Nak buat isteri gembira
Menggunakan nama HaissazcH di akaun media sosial, dia memaklumkan tindakannya menari girang setiap kali pulang ke rumah adalah bagi membuatkan isterinya gembira.
Namun, dia tidak menjangkakan bahawa isteri tersayang merakam video tersebut dan membuat kompilasi sehingga kelihatan lucu.
Yang tengok pun rasa happy sama
Sehingga hari ini, video tersebut telah mendapat 14 ribu perkongsian semula dan hampir 30 ribu tanda suka di Twitter.
Warganet juga masing-masing telah meninggalkan komen yang pelbagai dan rata-rata daripada mereka berasa lucu dengan tindakan spontan lelaki tersebut.
Tindakan comel pasangan ini sememangnya membuatkan warganet tumpang gembira dengan mereka. Sudah pasti kegembiraan bertemu pasangan selepas seharian bekerja membuatkan emosi masing-masing bertambah baik.
Semoga terus bahagia hingga ke Jannah buat pasangan tersebut.