Viral Anak Tunjuk ‘Kawan’ Di Pantai, Ibu Buka Cerita Kena Gangguan Sejak Hamil
Seperti yang diketahui ramai, makhluk ghaib yang berada di sekeliling kita cuma boleh dilihat oleh individu yang dikurniakan kelebihan deria keenam. Orang dewasa mungkin mampu mengawal ‘anugerah’ tersebut, tetapi ibu bapa pasti bimbang sekiranya anak kecil terkena gangguan misteri.
Viraltunjuk ‘kawan’ dekat pantai…tapitak nampak orangnya
Seorang budak lelaki bernama Affan pernah viral di aplikasi TikTok menerusi perkongsian beberapa pengalaman seram oleh ibunya. Antara yang paling mencuri tumpuan adalah dia pernah tunjuk ke arah seorang ‘kawan’ di tepi pantai, walhal tiada kelibat sesiapa pun. Kemudian, salah seorang petugas hotel mendedahkan dulu pernah ada seorang budak hanyut di sana.
@ameliakashah pause to read 👀 ##storytime ##horrorstory 👻
♬ Campfire Tale - Andrew Morgan Smith
Ibu pernah kena gangguan sejak mengandung
Menerusi portal mStar, Puan Amelia mengakui sejenis gangguan bermula sejak mengandungkan anak sulungnya itu ketika menetap di United Kingdom 2 tahun lepas. Selain pernah mimpi ada seorang wanita tua tiba-tiba pegang perutnya, dia juga dikatakan sering meracau ketika tidur.
‘Benda’tu memang dah lama ikut dia
Mengulas tentang Affan, Amelia mendapati anaknya seakan terbuka hijab mata apabila sering menegur entiti yang tak boleh dinampak dengan mata kasar. Menerusi beberapa pertemuan dengan pengamal perubatan tradisional, memang disahkan ada ‘sesuatu’ yang telah lama mengekori budak 2 tahun tersebut.
Tak tahu kenapa saya yang terpilih
Terkini, mujurlah keadaan si cilik terbabit kini beransur kurang dan diharapkan dapat sembuh seperti kanak-kanak seusianya. Tambahnya lagi semua posting viral di TikTok bukanlah untuk meraih populariti, sebaliknya cuma ingin berkongsi kisah dihadapi oleh keluarganya.
Baca Juga : Kisah Nabi Muhammad SAW, Sirah Nabawiyah Bagian 2