loading...

“Lembut Je..”- Teman Lelaki Pujuk Girlfriend Ubah Style Tudung Cover Telinga

 


Setiap orang pasti mahukan calon jodoh yang terbaik untuk dijadikan teman hidup dalam perkahwinan kelak. Bukan sahaja daripada aspek personaliti semata-mata, malahan kepentingan menjaga aurat juga perlu diutamakan. Dengan cara teguran yang betul dan berhemah, mungkin ia akan menjadi asbab hati ‘si dia’ menjadi lebih bersemangat untuk berubah ke arah lebih baik.

Dipujuk boyfriend untuk pakaitudung style cover telinga 

Menerusi TikTok, gadis bernama Natasya sedang dipujuk dengan lembut oleh teman lelakinya sendiri. Sesi tegur-menegur itu terjadi apabila lelaki yang dikenali sebagai Fikri memintanya membetulkan semula cara pemakaian tudung secara menutup aurat dengan lebih baik. Malah, pemuda tersebut meminta teman wanitanya untuk mencabut anting-anting yang dipakai supaya dapat menutupi bahagian telinga sepenuhnya. 




“Style itulah yang buatkan saya jatuh hati pada seorang gadis bernama Natasya” 

Akhirnya, gadis tersebut akur setelah 20 minit dipujuk oleh teman lelakinya. Menurut Fikri, style menutup aurat itulah yang paling cantik dan membuatnya jatuh hati pada Natasya. Mendengar sahaja kata-kata manis daripada teman lelakinya, gadis berkenaan terus ‘cair’ dan merasakan sangat bertuah dikurniakan teman istimewa yang caring. 


@nenmy

I'm so lucky🤘

♬ original sound - T A C I A✨ - enatasya

Mula-mula mungkin panas.. tapi percayalah, ini untuk kebaikan kita jugak 

Video berdurasi 28 saat itu berjaya meraih lebih 300 ribu tontonan setakat ini. Rata-rata netizen turut sama melting dengan pujukan lembut yang dilakukan Fikri, malah ada juga antara mereka berseloroh kononnya merasa jealous. Selain itu, segelintir netizen turut menitipkan doa supaya jodoh mereka berkekalan dan terus beristiqamah.






Baca Juga : Kisah Utsman Bin Affan