loading...

Digelar ‘Singa Islam’, Lepas Hagia Sophia Erdogan Berhasrat Bebaskan Masjid Al-Aqsa

 


Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berjanji untuk “membebaskan” masjid al-Aqsa dari Israel setelah mengubah Hagia Sophia menjadi masjid pada Jumat lalu (10/7/2020).

Keputusannya mengembalikan semula status banggunan ikonik Hagia Sophia sebagai masjid telah menjadi perhatian media antarabangsa.

Usaha awal membebas Al-Aqsa

Penukaran semula status Hagia Sophia sebagai masjid berjaya mengangkat imej Turki sebagai negara Islam, memperlihatkan semula kebangkitan Islam di negara itu.

Dalam satu kenyataan, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang mengatakan bahwa perubahan status Hagia Sophia menjadi masjid adalah usaha awal untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa.


Kebangkitan Islam

Menerusi Jerusalem Post, Presiden Turki itu mengaitkan keputusan untuk menghidupkan kembali Islam dari Bukhara di Uzbekistan sampai Andalusia di Spanyol. Terminologi ini, yang menghubungkan al-Aqsa di Jerusalem dengan Hagia Sophia dan Spanyol.

Erdogan sendiri telah lama dikenali sebagai antara pemimpin yang memperjuangankan hak rakyat Palestin daripada terus berada dalam cengkaman penindasan rejim Zionis.




Prihatin nasib rakyat Palestin

Turki juga pernah mengirim bantuan ke Gaza dengan menembusi blokade Israel atas Gaza, menyebabkan kematian 10 warga Turki ketika pasukan Israel menyerbu kapal Mavi Marmara.



Beliau digelar ‘Singa’ Islam. Kelantangannya bukan calang-calang. Siapa berani melawan cakap Donald Trump? Siapa lagi yang tidak gentar menghambat kecaman ke atas Israel? Erdoganlah orangnya.

Sumber : MSN, Sinar HarianCNBC Indonesia & Jerusalem Post

Baca Juga : Kisah Umar bin Khattab, Sang Penjaga Islam