loading...

Hanya Terbaring, Ibu Tunggal 21 Tahun Tabah Jaga ‘Anak Syurga’ Lepas Berpisah

 


Terbaharu, menyentuh hati ramai mengenai ketabahan seorang wanita berstatus ibu tunggal yang sanggup menjaga anak syurganya. Tidak seperti kanak-kanak lain bebas bermain dengan gembira, adik Danial Faiq Rizqin Mohammad Hasanin hanya mampu terbaring lemah dan tidak boleh bercakap. Malah kedua-dua belah mata si kecil berusia tiga tahun berkenaan juga tidak dapat melihat.


Walau usia cecah 4 tahun, namun zikalnya tak ubah seperti seorang bayi.. 

Menurut Nor Lyana Atikah Mohamed, anak tunggalnya itu menderita masalah saraf dan paru-paru sejak lahir sehingga menyebabkan dia dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selama hampir dua bulan. Susulan keadaan kesihatan si anak yang sukar dijangka itu, membuatkan dia tidak boleh ditinggalkan sendirian kerana bimbang mengalami sawan. 




Terpaksa galas tanggungjawab jaga anak sendirian lepas berpisah dengan bekas suami 

Tambah ibu tunggal berusia 21 tahun itu lagi, dia juga terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga Daniel Faiq Rizqin sendirian selepas berpisah dengan bekas suaminya sekitar Julai tahun lalu. Di samping bergantung sepenuhnya kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan untuk membeli barang keperluan anaknya. Lebih meruntun jiwa lagi apabila pada setiap bulan Nor Lyana Atikah perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya RM1,000 termasuk susu khas berharga RM162 setin yang mampu bertahan selama dua minggu serta lampin pakai buang.