Inspirasi HEBAT; Rezeki PKP, jual bul0h di Shopee.
Masa pkp bermula mac 2020, buluh ni lah banyak bagi kami duit lauk. Bermula saya hanya beli untuk pokok di rumah sahaja. Ada lebih saya masukkan di shopee. Shopee laju jual buluh dan akhirnya jadi laju semua produk saya lain di shopee.
Buluh ni kami ambil dengan orang kampung yang masa pkp tak ada kerja. Ada tukang rumah tak boleh bergerak keluar. Jadi buat buluh untuk kami pasarkan. Kami buka 4 kumpulan di 4 kampung. Satu kampung boleh buat seminggu 1000 batang. Jadi 4 kampung seminggu jadi RM 4000 batang.
Menjelang ogos ni sudah ada team yang stop kerana sudah boleh keluar bekerja. Ada yang stop kerana kesibukan kerja juga.
Namun masih ada yang teruskan dan sudah ambil pekerja bantu uruskan buluh. Asalnya hanya dia sendiri buat kerana kehilangan sumber pendapatan, hari ini dia bagi peluang kerja pada orang lain sekampung.
Ada boleh siapkan seminggu sehingga 6000 batang. 2 hari siap 2000 batang. Sebulan dapat siap 24,000 batang. 1000 batang dapat RM 250, sebulan dapat berapa tu boleh kira. Ada team nampak peluang. Dia kejar siapkan banyak banyak dan tambah pekerja. Ada team nampak sikit dan stop dah.
Siapa rajin, siapa terus konsisten, terima kritikan dan komplen customer, baiki baiki dan terus jalan akan terus berkembang. Dari pendapatan sebelum pkp hanya RM 300 sebulan, usahakan buluh seminggu dapat RM 1500. Jika sebulan? 3 minggu pun dah RM 4500 sebulan. Ya, sebulan.
Setakat hari ni kami memang sangat tak cukup stok. Masuk 2000 unit pagi, tengahari habis semua packing.
Sekarang banyak nursery pokok dah ambil dengan kami sekali ambik ribuan batang. Tak perlu pos. Pagi ni pun ada tokey pokok datang ambil 500 batang sekali beli. Stok kami tak pernah cukup. Subhanallah. Sampai kami tanya team, ada buluh tak? Tak ada, tak sempat. Takpe. Kami tanya orang lain.
Ada buluh tak? Ada siap 2000 puan. Kami hantar. Terima kasih.
Kami nak stok sahaja. Kami tak nak fikir masalah lain. Yang buat, siapkan dan hantar, kami bayar dan jual. Sebagai peniaga, kami nak stok sahaja berpanjangan. Emosi apa apa kami letak tepi. Walaupun untung sebatang tak sampai 10 sen, tapi ni rezeki Allah bagi kami kena usahakan dan jalankan amanah customer.

10 sen sebatang untuk puluh ribu batang sebulan. Jadi lah kan?
Sebelum tanya, saya jawab buluh ni untuk pancang pokok yang menjalar, untuk ikat pokok bunga, untuk ikat pokok sayur bagi kukuh batang, banyak kegunaan pancang buluh ni. Ini rezeki pkp. Saya jaga juga walau kecil kerana ini rezeki Allah bagi.
Sumber; Zarini Jaafar